suria

Lelaki durjana perkosa bayi berusia 2 minggu hingga kritikal

Gambar hiasan: Indiatimes.

SEORANG bayi berusia dua minggu dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal setelah dirogol pada Ahad lalu.

Dia kini ditempatkan di unit rawatan rapi di Hospital Diraja Belfast.

Difahamkan, suspek ditahan oleh pihak berkuasa beberapa jam selepas insiden tersebut berlaku.

Satu sumber mendedahkan, bayi malang itu mengalami pendarahan teruk dan keadaannya begitu lemah.

Bayi itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan kritikal.

"Ada banyak darah. Kecederaan sangat serius dan staf hospital berasa sangat terkejut dengan insiden itu.

"Tiada siapa pernah menyaksikan atau berhadapan dengan kes sekejam ini," ujar sumber itu.

Dalam pada itu, suspek yang ditahan bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Armagh di Ireland Utara pada minggu ini.

Selain pihak hospital, orang ramai turut terkejut menerima perkhabaran mengenai nasib malang bayi itu.

"Saya macam tak percaya, betul ke perkara ini? Susah nak percaya ia berlaku di sini.

"Orang ramai begitu sedih dan terkesan dengan nasib bayi itu," ujar seorang penduduk. - The Sun.

Rogol, Bayi

Artikel Lain