suria

Ikan "dinosaur" dikesan di sungai Australia

CANBERRA: Spesis ikan purba terancam umpama dinosaur dikesan di sungai wilayah utara Australia dan kini badan pengkaji negara berkenaan merangka program untuk menjalankan kajian.

Pertubuhan Penyelidikan Industri dan Saintifik Komonwel (CSIRO) mengumumkan pihaknya akan menjalankan kaji selidik selama lima tahun di Sungai Victoria bagi mengenal pasti tabiat dan pembiakan ikan gergaji itu, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Kajian awal di perairan itu menemui 25 anak ikan spesis berkenaan.

Ikan gergaji yang semakin pupus itu dikenal pasti sebagai spesis terbesar dunia dan boleh membesah sehingga tujuh meter panjang dan berat mencecah 1000 kilogram.

"Ikan spesis ini umpama dinosaur.

"Paling besar yang pernah saya lihat mencapai lima meter dan ketika itu ia bagaikan membawa anda ke zaman purba empat juta tahun lalu," kata penyelidik CSIRO, Richard Pillans kepada Perbadanan Penyiaran Australia.-Bernama




dinosaur, ikan gergaji

Artikel Lain