suria

Murid sedang buang air besar tak sedar dirinya disiar di FB Live sehingga jiran beritahu ibu bapa

LIMA murid di sekolah rendah yang tidak dinamakan berdepan aduan buli selepas mereka menyiarkan secara langsung seorang rakan sekelas mereka sedang buang air besar di Facebook Live.

Mangsa, seorang murid perempuan berusia 11 tahun, memfailkan aduan di Polis Daerah Manila (MPD), Filipina, lapor Radio Inquirer.

Menurut mangsa, rakan sekelasnya berumur sekitar 11 hingga 13 tahun.

Laporan itu menyatakan bahawa murid itu pergi ke tandas sekolah untuk buang air besar dan diekori lima rakan sekelasnya yang kemudian mengambil videonya serta menyiarkannya menerusi akaun media sosial.

Mangsa tidak tahu dirinya dirakam sehinggalah jirannya melihat video itu dan menunjukkan kepada ibu bapanya.

Lima pembuli itu pada mulanya ditangkap oleh pihak berkuasa MPD tetapi kemudian dibebaskan dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan. -Yahoo Philippines

FB Live, buang air, tandas

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan