SEORANG ibu memuat naik gambar kecederaan yang dialaminya akibat cuba menyelamatkan bayinya daripada hujan batu sebesar saiz bola tenis. Fiona Simpson dari Kingaroy, Queensland berada di dalam kereta dengan bayi dan neneknya, kira-kira 130 batu di barat laut Brisbane ketika kejadian berlaku. Ribut hujan batu menghentam tingkap kereta Fiona membuatkan dia berasa panik dan takut dengan keselamatan anaknya. Tanpa teragak-agak, wanita muda itu menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi bayinya. Ketika menjalani rawatan di hospital, Fiona memuat naik gambar kesan lebam di bahagian belakang badan dan bahunya serta menceritakan apa yang berlaku. Kesan lebam pada badan Fiona. - Facebook "Saya mendapat pengajaran hari ini, jangan memandu dalam ribut hujan batu! "Saya melindungi bayi saya dengan badan untuk mengelakkan dirinya daripada cedera parah. "Punggung, lengan dan kepala saya lebam teruk. Saya sangat lega bahawa anak perempuan dan nenek saya baik-baik saja. "Tolong, berhati-hatilah dalam musim ribut ini. Saya tahu saya akan sakit esok, adakah sesiapa tahu krim atau salap yang boleh membantu kesan lebam?," tulis Fiona. - Sky News