suria

Muzium kereta lebih popular kerana mangkuk tandas, pengunjung tak hirau Rolls-Royce yang dipamer

MUZIUM kereta tetapi popular kerana mangkuk tandasnya.

Begitulah yang berlaku ke atas sebuah muzium di Komatsu, Ishikawa yang mempamerkan lebih 500 kereta popular dari seluruh dunia.

Biarpun memilik pelbagai model kereta dari Rolls-Royce hinggalah Ford dan sebagainya, mangkuk tandas di muzium itu ternyata lebih menarik perhatian orang ramai.

Manakan tidak, mangkuk tandas yang disediakan di muzium itu begitu unik dan cantik sehingga ia menjadi tular di laman sosial.

Lebih teruk, ramai yang berkunjung ke muzium itu bukan untuk melihat kereta sebaliknya mahu menyaksikan serta mencuba tandas yang diperkatakan ramai itu.

Mangkuk tandas tersebut dikatakan diimport dari Itali dan Finland. Ia turut disifatkan pengunjung sebagai instagram-worthy.

Muzium tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di kawasan Toyama.

Menurut pihak syarikat, sewaktu pekerja mereka mengembara ke seluruh dunia bagi mencari kereta sebagai bahan pameran muzium, mereka menemui pelbagai jenis tandas yang unik.

Lantaran itu, mereka mula mengumpul mangkuk tandas untuk diletakkan di muzium mereka.

Sehingga kini, muzium itu memiliki 56 mangkuk tandas yang diimport dari seluruh dunia.-NDTV.

Muzium Kereta

Artikel Lain