PADA bulan lepas, penyelidik di Jepun dilaporkan sedang giat melakukan ujian pengklonan manusia. Menerusi satu pendedahan, mereka dalam usaha mencipta sel telur manusia menggunakan darah. Berdasarkan perancangan mereka, teknik itu jika berjaya mungkin dapat membantu pasangan mandul untuk mendapat zuriat pada masa akan datang. Malah, ia juga dikatakan akan membantu pasangan sejenis untuk mendapatkan zuriat. Wang Yingqing bersama anjing klon miliknya di China. Sementara itu, sebuah portal berita di China mendedahkan penyelidik negara itu juga sudah menghasilkan 200 ekor anjing klon yang merangkumi 20 baka berbeza. Terbaharu, seekor anjing berusia 12 tahun turut menjalani ujian klon. Menerusi ujian itu, sampel kulitnya diambil sebelum ia melalui beberapa fasa proses. Pemilik anjing berkenaan, Wang Yingqing turut mempunyai seekor lagi anjing klon yang dinamakan sebagai Doudou. - Daily Star.