suria

Meghan Markle dedah kisah zaman belajar dalam ucapan diraja pertama, guna duit biasiswa

Meghan dan suami kini berada di Fiji dalam rangk alwatan diraja (Foto: Daily Express)

BIARPUN sedang berada dalam fasa awal kehamilan, ia tidak menghalang isteri Putera Harry Meghan Markle untuk memberi inspirasi kepada orang ramai.

Menerusi ucapan pertamanya menerusi jelajah diraja, Meghan sempat bercerita mengenai kisahnya di universiti.

Sewaktu berucap di hadapan pelajar Universiti Pasifik Selatan di Suva, Fiji, Meghan menyentuh isu wanita dan pendidikan.

Jelita dalam persalinan tradisional, pelakon siri drama Suits itu berkata, semua individu khususnya golongan wanita perlu diberi peluang untuk pendidikan.

"Sebagai lepasan universiti, saya tahu perasaan teruja saat pertama kali menerima surat tawaran.

"Dari saat itu, kamu bertungkus-lumus belajar dan menyiapkan tugasan, wujudnya persahabatan dan perjalanan yang panjang.

"Saya dapat belajar dengan bantuan biasiswa dan bantuan kewangan, semua orang juga patut diberi peluang sama.

"Setiap perempuan di negara membangun, pendidikan adalah senjata utama untuk masa hadapan," ujarnya penuh bersemangat.

Malah, Meghan dan Harry juga sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan kakitangan yang menghadiri majlis itu.

Untuk rekod, Meghan pernah menuntut di Universiti Northwestern di Evanston, Illionis.-People.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain