suria

Didenda selepas belasah lelaki serang nenek umur 88 tahun

SEORANG pemuda yang menyelamatkan seorang pesara berusia 88 tahun selepas dia diserang oleh seorang lelaki mabuk didenda £58.

Rakaman menunjukkan Leonid Shchepel, 32, sedang berjalan di laluan pejalan kaki dan mendengar Klara Melamed menjerit ketakutan.

Dia kemudian melihat seorang lelaki memakai kemeja hitam sedang menumbuk wanita tua itu yang telah terbaring di tanah.

Shchepel segera menendang penyerang tersebut di mukanya dan menjerit: "Jom lawan dengan saya!

"Lawanlah dengan saya."

Lelaki berani itu terus membelasah lelaki itu dan akhirnya, Melamed berjaya diselamatkan.

Paparan skrin video menunjukkan lelaki tersebut menendang muka penyerang.

Wajahnya diselaputi lumpur dan dia menggigil.

Kejadian yang berlaku di bandar Klintsy, Rusia itu menyebabkan Melamed patah gigi dan rusuk.

Tetapi Shchepel tetap perlu 'membuang' sedikit wang tunainya selepas lelaki terbabit membuat laporan mengenai kecederaannya kepada polis.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan.

"Kehidupan dan kesihatan Klara lebih penting dari wang.

"Saya berada di balkoni saya apabila saya melihat seorang lelaki membelasah seorang wanita yang sedang menjerit.

"Saya menghidupkan kamera dan pergi melihat apa yang berlaku."

Polis percaya suspek itu mabuk dan tersilap rumah.

Apabila dia membuka pintu, dia berpandangan wanita itu adalah penceroboh dan mula menyerangnya, menurut pernyataan yang dibaca.

Penyerang yang berusia 32 tahun itu telah diletakkan dalam tahanan selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan. -DailyStar

samseng, mabuk

Artikel Lain