suria

Ditikam 17 kali, mangsa sempat tulis nama suspek guna darah

Gambar hiasan

SEORANG peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina minggu lepas.

Polis masih menyiasat jenayah itu tetapi tidak seperti kebanyakan kes, satu laporan mendedahkan bahawa mangsa itu sendiri meninggalkan petunjuk untuk pihak berkuasa.

Mangsa, Remedios Maer, ditikam 17 kali dan ditemui mati di rumahnya pada Khamis, lapor 'State of the Nation', GMA News.

Tulisan 'Keyung' ditemui di lokasi kejadian yang mana pihak berkuasa percaya ia ditulis dengan darah mangsa, menurut stesen radio DWIZ.

DWIZ juga melaporkan bahawa Maer bersendirian di rumahnya ketika kejadian.

Laporan awal oleh Philippine Daily Inquirer menyatakan ketidakpastian tentang perkataan itu tetapi menurut GMA News, polis mendapati bahawa 'Keyung' adalah nama bekas kontraktor Maer yang sebelum ini mempunyai konflik dengannya.

Pihak berkuasa juga mendapati Keyung pernah mengugut untuk mencederakan Maer.

"Namanya yang ditulis itu adalah bukti penting. Kami juga mengumpulkan bukti lain dan mendapati kedua-dua mereka berada dalam konflik dan suspek telah mengancam mangsa," Ketua Inspektor Polis Negara, Fernando Fernandez memberitahu GMA News.

Pelbagai laporan menyatakan bahawa anak lelaki mangsa, Kevin Kyle Maer gagal menghubungi ibunya sepanjang hari, justeru dia meminta rakan-rakannya pergi ke rumahnya sebelum menemui mayat wanita itu.

Polis masih mencari Keyung dan percaya jenayah itu mungkin merupakan kes rompakan kerana dua beg mangsa dan sejumlah wang hilang. Yahoo Philippines

tikam, nama suspek

Artikel Sebelum

Artikel Lain