SEORANG lelaki yang menceroboh sebuah kediaman dalam keadaan bogel kini sedang diburu pihak berkuasa di Santa Ana, California. Biarpun tidak masuk ke dalam rumah berkenaan, lelaki itu berdiri di hadapan pintu sebelum melakukan aksi onani. Perbuatan lelaki itu terbongkar setelah ia dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di rumah berkenaan. Sehingga kini, pihak polis masih belum berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut. "Adakah dia pesalah seks berdaftar? Adakah dia mengalami masalah mental? Kita perlu siasat dan tahu kenapa dia berbuat begitu. "Dia melakukan aksi seks sendirian di kawasan hadapan sambil mengintai dalam rumah. Perlakuan ini membimbangkan." ujar seorang anggota polis yang menyiasat kes itu. Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku pada pukul 7.45 malam, Sabtu lalu. Menerusi rakaman CCTV, dia pada mulanya berpakaian lengkap sebelum berbogel dan berkeliaran di hadapan rumah. Dia bagaimanapun meninggalkan kediaman itu, selepas 50 minit berada di situ. "Pasti ada yang mengenali dia berdasarkan rakaman video itu. "Kami berharap ada individu yang boleh tampil dan memberi maklumat," ujar polis lagi. Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa dia merupakan gelandangan yang hidup di kawasan itu. ABC7.