suria

Jururawat bunuh dua anak dengan suntikan maut

SEORANG ibu berusia 48 tahun tergamak membunuh dua anak kandungnya dengan suntikan maut sebelum bertindak membunuh diri.

Insiden itu berlaku di bandar Aymavilles, Itali.

Siasatan awal mendapati, Marisa Charrere, seorang jururawat di Hospital Parini, Aosta, menyuntik dua anak kandungya bernama Nissen, 7, dan Vivien, 9, dengan bahan sama yang digunakan ke atas banduan yang dihukum mati di penjara Amerika Syarikat (AS).

Sumber polis berkata, Charrere mendapatkan bahan tersebut dari hospital tempat dia bekerja.

Lokasi dua beradik itu dibunuh.

Namun ujian toksikologi akan menentukan punca sebenar kematian.

Mayat kesemua mangsa ditemui suami Charrere, Osvaldo Empereur sejurus pulang dari tempat kerja sekitar tengah malam pada Khamis lalu.

Susulan kejadian itu, Empereur dan ibu mentuanya dibawa ke hospital akibat mengalami kejutan.

Charrere dikatakan turut meninggalkan nota mengatakan dia tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan.

Seorang kenalan rapat keluarga berkenaan, Simone Reitano berkata Cherrere tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kemurungan. - Italianinsider

jururawat, bunuh

Artikel Lain