suria

Polis buru suspek liwat, cederakan bayi 16 bulan

Gambar hiasan.

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang didakwa meliwat dan mencederakan seorang bayi lelaki berusia 16 bulan.

Simon Porter, 33, dipercayai melarikan diri semasa siasatan polis selepas memberitahu isterinya dia takut akan ditangkap.

Polis menyiarkan beberapa gambar Porter yang dimasukkan dalam senarai 10 Individu Paling Dikehendaki di Tennessee, Amerika Syarikat.

Pasukan penyiasat dipanggil selepas doktor di Pusat Perubatan Vanderbilt di Nashville merawat seorang bayi lelaki kerana kecederaan, lapor WKRN.

Simon Porter.

Difahamkan Porter kemudian dinamakan sebagai suspek.

Leftenan Blake Grooms dari Balai Polis Lawrenceburg memberitahu bayi tersebut mengalami kecederaan kekal.

"Menurut isteri Porter, dia mengambil cuti dan tidak memaklumkannya ke mana dia pergi. Perkara terakhir yang dia beritahu adalah dia takut ditangkap," kata Grooms.

Ganjaran sebanyak AS$3,500 akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai Porter. - thesun.co.uk

liwat, bayi

Artikel Lain