suria

Cubaan pecah rumah David, Victoria Beckham kali kedua gagal

RUMAH agam milik David dan Victoria Beckham cuba dipecah masuk perompak buat kali kedua dalam tempoh sebulan pada 14 November lalu.

Detektif percaya sebuah keluarga yang menggembara bertujuan untuk melakukan jenayah, sebagai dalang kepada insiden rompakan di rumah agam milik bekas pemain Manchester United bernilai 6 juta pound sterling itu.

Beckham, 43, dan Victoria, 44, terkejut dengan insiden terbaharu itu.

Keluarga tersebut dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah, peras ugut, pembunuhan dan pengedaran dadah sejak 30 tahun lalu.

Keluarga tersebut yang tidak boleh dinamakan berpangkalan di West Country dan beroperasi di Selatan England.

"Mereka adalah suspek utama kes pecah rumah milik keluarga Beckham. Polis sedang memburu suspek.

Rumah agam milik Beckham dan Victoria di Great Tew, Oxfordshire cuba dipecah masuk pencuri buat kali kedua pada 14 November lalu.

"Mereka menyasarkan rumah mewah di kawasan tersebut. Jika ia bukan dilakukan kumpulan itu, ia mungkin disebabkan restu mereka," kata sumber.

Imej perompak bertopeng dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba memasuki kediaman mewah itu dekat Great Tew, Oxfordshire buat kali pertama pada awal bulan lalu.

David dan Victoria dilaporkan berada di Australia bersama anak mereka, Romeo, 16, Cruz, 13, dan Harper, 7, ketika kejadian.

Terbaru, semasa kes pecah rumah kedua, David dan keluarganya tidak berada di rumah agam tersebut.

Cubaan pecah  rumah itu berjaya digagalkan tujuh pengawal keselamatan dan anjing yang ditempatkan di pondok pengawal selepas insiden pertama.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Mirror.co.uk

David Beckham, Victoria Beckham

Artikel Berikut

Artikel Lain