KEMUDAHAN keselamatan di kediaman baharu pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle boleh mencecah sehingga £5 juta (RM26.7 juta), menurut sumber. Pasangan Duke dan Duchess of Sussex itu sedang melakukan pengubahsuaian pada kediaman baharu itu sebelum mereka berpindah pada tahun depan. Rancangan bagi hartanah di tanah Istana Windsor itu bagaimana dirahsiakan, tetapi ia sedang berjalan. Bekas pegawai perlindungan diraja, Ken Wharfe berkata: "Kos bangunan dan kemudahan keselamatan mencecah sehingga £5 juta pada tahun pertama. "Tiada perlindungan di Frogmore, tiada seorang pun tinggal di sana. Terdapat kos sekurang-kurangnya dua atau tiga pegawai perlindungan persendirian dan untuk memastikan hartanah itu dikawal selia oleh Polis Thames Valley. "Terdapat kaji semula terhadap keselamatan di sekitar hartanah itu, secara besar-besaran," katanya. Tambahnya: "Ia akan menjadi peningkatan kos buat pembayar cukai. Thames Valley tidak berbeza dengan perkhidmatan lain yang menyaksikan pemotongan 20 sehingga 25 peratus yang akan menjadi bebanan besar dalam bajet mereka." "Ia merupakan tugas yang amat besar. Kos untuk memasang dan penyelenggaraan kelengkapan keselamatan, dengan para pegawai ditempatkan di kawasan itu membabitkan kos sehingga lima juta (pound) setiap tahun." - Mirror Online