suria

Ingatkan hamil, misteri perut seberat tujuh bayi baru lahir terjawab selepas buat imbasan

Kelly menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan ovarinya. Foto Collect / Daily Mirror

KEELY Favell diasak soalan bila akan bersalin apabila perutnya semakin membesar, sehingga berasa malu dengan keadaan itu.

Ujian kehamilan menunjukkan dia tidak hamil dan hanya berat badannya bertambah.

Cakap-cakap mengenai saiz perutnya berterusan sehingga dia berulang kali berjumpa dengan doktor.

Walaupun ujian kehamilan masih menunjukkan tanda negatif, dia masih yakin hamil adalah sebanya sehingga dia terpaksa melakukan imbasan ultrabunyi.

Tanda-tanya mengenai perutnya itu akhirnya terjawab apabila ia sebenarnya adalah ketumbuhan ovari seberat 26 kilogram, menyamai berat tujuh bayi yang baru lahir.

Keely yang berusia 28 tahun menjalani pembedahan selama lima jam untuk mengeluarkan ketumbuhan itu.

"Saya tidak dapat membayangkan betapa sukarnya meskipun perkara mudah seperti memandu kereta dan menaiki tangga.

"Hilang ketumbuhan memberikan kehidupan seperti sedia kala," katanya.

Keadaan Keely kembali normal selepas menjalani pembedahan. Foto Collect/Daily Mirror

Keely yang menjalinkan hubungan bersama pasangannya, Jamie Gibbins selama 10 tahun pernah terfikir beberapa kali sekiranya dia hamil.

"Tapi kami melakukan ujian kehamilan sekurang-kurangnya tiga kali di rumah, tetapi jawapannya negatif," katanya.

Menganggap ia penambahan yang normal, dia mengandung 'ketumbuhan' itu dengan berat 26 kilogram.

Akibat pembedahan itu, Keely mempunyai parut sepanjang 30 sentimeter tetapi dia dapat kembali berjalan seperti biasa.

"Saya rasa sakit ketika itu tetapi dapat kembali jalan seperti biasa begitu menakjubkan!," katanya. - Mirror Online

ovari, ketumbuhan

Artikel Lain