suria

El Nino 2019 dijangka cetus cuaca 'pelik' dan sebabkan perubahan suhu melampau

El Nino dijangka melanda pada 2019. FOTO: Getty

ORGANISASI Meterologi Dunia di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan terdapat 75 hingga 80 peratus kemungkinan El Nino akan melanda dalam tempoh tiga bulan akan datang.

El Nino merupakan fenomena iklim semulajadi yang terjadi dalam beberapa tahun sekali, menyebabkan peningkatan suhu di kawasan Lautan Pasifik.

Keadaan cuaca ini memberi kesan terhadap kawasan lain di seluruh dunia, termasuklah situasi kering dan panas.

Malah, banjir juga dijangka melanda kawasan-kawasan yang biasanya kering seperti di Amerika Selatan kerasa pergolakan corak iklim dunia.

Di United Kingdom (UK) pula, El Nino akan menyebabkan cuaca sejuk melampau yang dijangka berlaku sekitar Februari nanti.

Sebelum ini, El Nino melanda pada 2016 dan Brazil serta Afrika mencatatkan cuaca panas melampau, termasuklah di Argentina, Paraguay, serta Uruguay yang dilanda banjir.

"Ramalan El Nino dijangka tidaklah sekuat yang berlaku pada 2015 dan 2016.

"Namun, ia masih lagi memberi kesan terhadap taburan hujan dan corak suhu di banyak kawasan, dan ia memberi kesan kepada pertanian, pengurusan air dan kesihatan orang awam.

"Ia juga dijangka berlarutan dan ebrsambung dengan perubahan iklim suhu dunia pada 2019," ujar Max Dilley, pengarah ramalan iklim WMO.

Menurut WMO, El Nino akan bermula p-ada Disember 2018 sehingga Februari 2019 dengan kesan 75 hingga 80 peratus dan berubah kepada 60 peratus menjelang April 2019. - Daily Star.

El Nino, Perubahan Iklim

Artikel Lain