suria

Tak hirau taufan, lelaki selamba berenang di laut hingga dipaksa pulang oleh pihak berkuasa

Tanpa menghiraukan risiko keselamatan, lelaki berkenaans selamba berenang sewaktu ancaman taufan Diana dikeluarkan. FOTO: MIKE NEWMAN/APEX

PIHAK berkuasa melancarkan operasi kecemasan setelah seorang lelaki dikesan berada di tengah laut sewaktu taufan Diana melanda United Kingdom.

Sebuah bot penyelamat dikerahkan ke lokasi itu sewaktu keadaan ombak bergelora akibat angin kencang yang dibawa taufan berkenaan.

Petugas keselamatan yang menghampiri lelaki itu bagaimanapun mengesahkan yang dia tidak mengalami sebarang kecemasan atau kecederaan.

Dia dikatakan tidak menghiraukan keadaan cuaca dan sekadar berenang di perairan berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun membawa dia ke darat dan memberi nasihat keselamatan berhubung taufan tersebut.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke kawasan laut.

"Angin sangat kuat, elakkan ke sana kerana ancaman taufan masih lagi ada," ujar seorang jurucakap keselamatan perairan.

Selain ombak bergelora dan angin kencang, banjir juga dijangka melanda pelabuhan Lyme Regis dan West Bay, dalam masa terdekat.

Sementara itu, jabatan meterologi juga menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dengan keadaan persekitaran yang berisiko untuk mereka.

"Biarpun sekadar amaran kuning, angin kuat sedang melanda dan ia berisioko untuk kenderaan di jalan raya dan semua perlu berhati-hati di kawasan air.

"Taburan hujan juga dijangka meningkat," ujarnya lagi. - Mirror.UK.

 

Taufan Diana

Artikel Lain