suria

Pergaduhan dengan Kate jadi punca Meghan, Harry pindah keluar dari istana

Hubungan Kate (kiri) dan Meghan (kanan) dilaporkan semakin renggang. FOTO: Macleans

PENGUMUMAN Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle untuk berpindah keluar dari Istana Kensington ternyata mengejutkan ramai.

Susulan pengumuman itu, timbul pula khabar angin yang bercakap mengenai keretakan hubungan antara Meghan dan Kate Middleton.

Malah, Meghan dikatakan pernah melukakan hati Kate sehingga dia menangis, tidak lama selepas dia melahirkan bayinya, suatu ketika dahulu.

Selain Kate, hubungan diantara Meghan dan Puteri Eugine juga dikatakn bermasalah.

"Eugine dikatakan sedih kerana Meghan tidak menghadiri resepsinya pada sebelah petang. Hanya Harry yang datang untuk minum," ujar satu sumber.

Perkara itu menjadi lebih teruk apabila ibu Eugine, Sarah Ferguson turut campur tangan.

Fergie dikatakan memuat naik beberapa Tweet yang membidas Harry dan Meghan kerana berkongsi berita kehamilan mereka sewaktu salah satu sesi resepsi Eugine.

Dalam pada itu, Meghan dan Harry dijangka berpindah ke sebuah apartmen tidak lama lagi.

Menurut satu sumber dalaman, keretakan hubungan antara Meghan dan Kate berlaku kerana perbezaan ketara karakter dua wanita itu.

"Mereka sangat berbeza, Meghan adalah ekstrovert manakala Kate sedikit pemalu," ujar individu berkenaan. - Daily Star.

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain