SEORANG bakal pengantin meninggal dunia gara-gara terlalu ingin kelihatan kurus pada majlis perkahwinannya. Jana Moreels meninggal dunia selepas mengalami kompikasi pembedahan gastrik sehari sebelum dia mencuba baju pengantinnya. Moreels,25, sebelum ini tidak berpuas hati dengan bentuk badannya dan melakukan pembedahan. Dia mengalami sakit pinggang dan dalam tempoh seminggu dia berada dalam koma sebelum menghembus nafas terakhir. Pemeriksaan doktor mendapati Moreels menderita masalah di bahagian paru-paru serta tisu di bahagian tersebut disebabkan sistem pembuluh darah terhalang.-Mirror.uk