MEDIA Rusia baru-baru ini melaporkan kes pelik si pencuri yang memecah masuk ke bangunan pejabat di bandar Orenburgh dan kemudian tertidur di kerusi premis itu. Kejadian itu berlaku pada 20 November apabila seorang lelaki berusia 36 tahun memecah masuk ke dalam bangunan pejabat swasta di Jalan Sharlykskoye, Orenburg, melalui tingkap kecil di tingkat tiga. Dia menggunakan pelbagai alatan seperti pemutar skru, pemotong wayar, tukul, penarik paku, dan kunci untuk memecah masuk ke beberapa bangunan syarikat swasta. Lelaki yang berjaya menemui 140,000 rubles (RM8,862) dalam bentuk wang tunai itu seterusnya memutuskan untuk berehat sebelum keluar dari bangunan. Bagaimanapun nasibnya tidak baik apabila ditahan ketika sedang tidur di atas kerusi. Lelaki berusia 36 tahun itu digari kemudian diletakkan di bawah tahanan pihak polis. Dia kini bakal berdepan hukuman penjara dan pemeriksaan mendapati mempunyai rekod jenayah dan tersenarai sebagai individu dikehendaki polis.