suria

Rebah sebelum maut ketika tonton penalti England bersama keluarga

England mengatasi Colombia selepas menang penentuan penalti 4-3.

SEORANG ibu muda maut akibat kecederaan pada otak selepas bersorak meraikan kejayaan England pada aksi Piala Dunia, Julai lalu.

Rosina Warburton, 34, sedang menonton aksi sepakan penalti England ketika menentang Colombia di televisyen sebelum dia rebah di atas bayi jirannya.

Dia mengalami kecederaan pada otak ketika bersorak semasa aksi penuh mendebarkan itu dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

Semasa prosiding inkues kematian Warburton, jiran wanita itu, Robert Morley memberitahu bagaimana dia menyaksikan wanita tersebut rebah di atas anak lelakinya.

Morley berkata dia mengalihkan Warburton manakala kekasihnya dan Cecilia, ibu kepada wanita itu cuba untuk membangunkannya tetapi tiada tindak balas.

"Mulutnya mula bertukar biru dan saya cuba mendengar bunyi pernafasannya.

Rosina Warburton.

"Saya menghubungi ambulans. Saya rasakan agak lama untuk mendapatkan seseorang bagi memberikan arahan. Tempoh panggilan kira-kira 15 minit.

"Saya lakukan CPR sehingga ambulans tiba," kata Morley.

Cecilia berkata: "Dia dibawa ke hospital tetapi kami dimaklumkan dia mengalami pendarahan pada otak.

"Kami minum koktel tetapi dia tidak begitu mabuk. Dia masih boleh mengawal pergerakannya," katanya.

Prosiding inkues kematian Warburton mendedahkan wanita itu diserang tekanan darah tinggi dan mengalami migrain yang menyebabkan punca kematiannya.

Dr Stanley Ferns semasa prosiding inkues memberitahu:"Warburton mengalami pendarahan dan aneurisme."

"Kami merujuk kes itu dengan pakar bedah saraf dan mereka memaklumkan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan.

"Mereka tidak dapat melakukan pembedahan kerana tahap pendarahan, walaupun usianya masih muda tetapi amat berisiko." - Metro.co.uk

Piala Dunia, England

Artikel Lain