BEKAS presiden Amerika Syarikat George Herbert Walker Bush meninggal dunia pada usnia 94 tahun. H.W Bush merupakan presiden yang ke-41meninggal dunia di kediamannya di Houston pukul 10.10 malam Jumaat. Pihaknya tidak mendedahkan punca kematian namun Bush sebelum ini mengalami penyakit parkinson dan telah dimasukkan beberapa kali akibat pneumonia dan jangkitan kuman. Bush (kanan) bersama bapanya. Sehari sebelum kematiannya, Bush dilaporkan ditahan di hospital kerana masalah darah rendah. Hero Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin itu meninggal dunia selepas lapan bulan kematian isterinya, Barbara April lalu. Anak sulungnya George W.Bush yang merupakan presiden Amerika Syarikat ke-43 berkata: "Jeb, Neil, Marvin, Doro dan saya dengan sedih mengumumkan bapa kami telah meninggal dunia pada usia 94 tahun."