KAMERA perakam muka bakal digunakan ketika larian maraton berlangsung di China bagi mengelak penipuan berlaku. Acara larian maraton amat popular di China namun sukan itu dicalit dengan kontroversi penipuan minggu lalu di Shenzhen yang menyaksikan seramai 258 pelari menipu termasuk menggunakan laluan singkat. Pihak polis mendedahkan rakaman video yang menunjukkan pelari melintasi penghadang laluan di tepi pokok sebagai jalan pintas. Berikutan insiden Ahad lalu, pihak berkuasa terpaksa bekerja keras untuk mengelak kejadian sama berlaku. Menjelang Larian Kunming minggu ini yang dijangka akan disertai 6,000 peserta termasuk atlet dari luar negara, pihak penganjur akan menggunakan perakam muka untuk memastikan tidak ada orang lain yang berlari untuk mereka. “Peserta perlu membawa kad pengenalan diri yang sah dan dimasukkan dalam sistem,” jelas agensi berita Xinhua.-Dailymail