suria

Wanita ditahan gara-gara kahwini lelaki bawah umur

SEORANG wanita berusia 20 tahun ditahan polis kerana berkahwin dengan remaja lelaki tiga tahun lebih muda daripadanya.

Insiden yang berlaku di Mumbai, India dianggap kes yang jarang berlaku di negara itu.

Wanita itu bersama anak perempuannya yang berusia lima bulan telah ditahan di penjara selama dua minggu selepas ibu suaminya membuat laporan polis.

Dia telah didakwa di bawah Akta Penderaan Seksual ke atas Kanak-kanak dan Akta Larangan Perkahwinan Kanak-kanak.

Difahamkan, umur yang dibenarkan untuk hubungan seks dengan persetujuan di India adalah 18 tahun manakala usia untuk berkahwin sah di sisi undang-undang adalah 18 tahun bagi wanita manakala 21 tahun untuk lelaki.

Jurucakap polis Mumbai berkata ibu lelaki berusia 17 tahun itu mendakwa menantu dan keluarganya telah menculik anak lelakinya itu dan memaksanya untuk berkahwin.

Dalam laporan tersebut juga, ibu remaja lelaki itu mendakwa anak lelakinya sering berhubung dengan wanita berkenaan selama dua tahun.

Malah wanita tersebut didakwa mengugut untuk membunuh diri jika remaja lelaki itu tidak bertemu dengannya.

Wanita itu bagaimanapun memfailkan petisyen ikat jamin dengan menafikan suaminya adalah di bawah umur seperti didakwa ibu remaja terbabit dan hubungan mereka atas dasar suka sama suka.

Dakwa wanita itu lagi, suaminya mempunyai dua orang adik perempuan masing-masing berusia 20 tahun dan 18 tahun. - BBC

kahwin

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan