suria

Anak 3 tahun mati dipukul kekasih, ibu bantu sorok mayat dalam blok konkrit

Mayat Evan Brewer ditemui dalam blok konkrit, selepas dilaporkan hilang selama berbulan-bulan.

SEORANG ibu didakwa membantu teman lelakinya menyembunyikan mayat anak lelakinya berusia tiga tahun yang dipukul kekasihnya sehingga mati, di dalam blok konkrit.

Miranda Miller, 37, dari Kansas mengaku bersalah melakukan penderaan, melakukan kekejaman yang teruk terhadap kanak-kanak dan terlibat dalam pembunuhan anak lelakinya, Evan Brewer pada 2017.

Pendakwa mendakwa Miller dan teman lelakinya, Stephen Bodine, 41, menyeksa Evan selama beberapa bulan sebelum kematiannya dalam kejadian di Kansas.

Mayat kanak-kanak itu kemudian disembunyikan di dalam blok simen di dalam bilik dobi di rumah sewa mereka.

Bukti yang dijumpai dalam kes yang mengerikan ini termasuk data cache lebih 16,000 dan gambar menunjukkan Evan didera.

Terdahulu, dilaporkan bahawa mayat mangsa ditemui pemilik rumah, Dwayne Haukap di Wichita, Kansas.

Haukap sedang mengemas rumah sebelum mengesan bau busuk dari blok kronkrit di dalam bilik dobi.

Miller berkata, dalam kejadian pada 19 Mei 2017, Bodine memukul Evan kerana tidak mahu makam.

Tambahnya, Bodine menyimpan mayat anaknya di dalam beg simen.

Mayat Evan ditemui empat bulan kemudian.

Dia kemudian menghubungi polis dan pihak berkuasa memecahkan blok tersebut sehingga menemukan mayat kanak-kanak itu, yang dilaporkan hilang selama beberapa bulan.

Bulan lalu, Bodine didapati bersalah terhadap pembunuhan itu dan disabitkan kemudian pada bulan ini.

Dia dijangka berdepan hukuman penjara sepanjang hayat.

Sementara itu, ibu mangsa berdepan hukuman penjara 29 tahun. - Mirror Online




Artikel Lain