PASANGAN Cynthia Bennet dan Andre Sibilsky membela seekor anjing yang diberi nama sebagai Henry untuk menemani aktiviti kembara mereka. Mula dibela sejak 2014, Henry ternyata gemar mengikuti dua pemiliknya untuk mendaki gunung. Pengembaraan mereka bertambah meriah apabila pasangan itu menambah 'ahli keluarga' mereka dengan kehadiran seekor kucing yang dinamakan sebagai Baloo. "Sewaktu kali pertama kami bawa Henry mendaki gunung, dia naik ke atas batu yang paling besar untuk mendapatkan permandangan yang lebih tinggi. "Sejak hari itu, kami gelarkan dia 'kambing gunung' kerana dia suka mendaki dan suka aktiviti luar," ujar Bennet. Henry, Baloo dan pemilik mereka. Bosan melakukan aktiviti bertiga, mereka mula membela Baloo pada 2017, seekor kucing kacukan baka Siam yang ternyata memiliki minat yang sama dengan mereka. Ujar Bennet, Henry sering resah seandainya ditinggalkan bersendirian. Namun, kehadiran Baloo ternyata membantu anjingnya dalam menangani keresahan itu. "Sejak hari pertama bertemu anjing dan kucing kami begitu baik sekali. "Apa yang Henry buat, Baloo akan tiru. Dia pun dah macam seekor anjing," ujar Bennet lagi. Mereka bukan sahaja suka mendaki gunung malah pernah berkhemah dan menjelajah pelbagai lokasi sepert Colorado, Texas, Oregon dan banyak lagi. Henry turut mempunyai Instagram dengan 1.1 juta pengikut. Menerusi Instagram tersebut, Bennet dan pasangannya sering memuat naik foto-foto Henry bersama Baloo yang sering mendapat perhatian ramai. - MSN.