CUTI hujung minggu yang panjang boleh dianggap bonus buat ramai pekerja, bagaimanapun lain pula pandangan dalam kalangan pakar apabila menganggap cuti pada Jumaat sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan untuk jangkamasa panjang. Penyelidikan mendapati mengambil cuti pada Rabu boleh membantu meningkatkan semula tenaga untuk bekerja selepas berehat berbanding cuti pada Jumaat untuk tempoh lama pada hujung minggu. Reader's Digest menyiarkan pendapat pakar chronemik yang mengkaji aspek masa dan komunikasi. Ballard yang bertugas sebagai profesor di Universiti Texas di Austin menganggap setiap individu itu secara semula jadi akan lebih pantas atau perlahan antara satu sama lain. Bagaimanapun, rentak yang semula jadi itu memberi kesan kepada jadual kerja seminggu dan juga situasi sekeliling di pejabat. Isnin biasannya adalah hari paling teruk dalam seminggu bekerja untuk kebanyakan individu kerana kesan bersantai pada hujung minggu yang mempengaruhi mereka. Bagaimanapun, mengambil masa untuk berehat pada pertengahan minggu dapat membantu menambah tenaga semula. "Gaya hidup dan cara kita menyusun masa penting bagi mengelak berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit," demikian menurut penyelidik, Michael Robash dan Michael W. Young. Kedua-duanya pakar yang menyelidik bagaimana tubuh manusia berfungsi sama ada ketika mengantuk, lapar atau bertenaga pada siang hari. Bagaimanapun, penyelidik mendapati tiada sesiapa yang mendapat faedah daripada cuti pada pertengahan minggu seperti Rabu. Bagaimanapun, profesor psikologi Universiti Roosevelt di Chicago, Steven Meyers pula berpendapat dalam apa juga keadaan ada baik dan buruknya mengikut pekerjaan individu tertentu.-JakartaPost