suria

Guna identiti palsu goda 7 lelaki, wanita ini kaut hampir RM100,000

'Kwan' akhirnya ditahan selepas mangsa ketujuhnya tidak berpuas hati dengan tindakannya dan menceritakan nasib malangnya di media sosial.

TINDAKAN seorang wanita menyalahguna identiti individu lain membawa padah apabila kegiatannya terbongkar apabila mangsa berkongsi kisah malangnya di media sosial.

Mangsa yang juga ahli perniagaan mendedahkan kejadian yang menimpa dirinya selepas menyedari telah diperdaya  wanita yang dikenali sebagai "Kwan".

Semuanya bermula apabila Kwan menggunakan aplikasi temu janji untuk menggoda Sorachat Polwattana menggunakan profil palsu termasuk gambar individu lain.

Selepas berjaya menarik perhatian mangsa yang menjalankan perniagaan di Chanthaburi, si penggoda itu mula memujuk lelaki itu untuk mengirim wang kepadanya secara berperingkat.

Lelaki itu mula mengesyaki sesuatu apabila suspek yang berusia 32 tahun itu tidak dapat dihubungi dan wang yang dipinjamnya mencecah 100,000 baht (RM12,700).

Susulan rintihan mangsa di media sosial, pasukan polis memulakan siasatan dan menahan suspek kerana menipu.

Suspek itu dikenali sebagai Nannalin Phakawatsuwan ditahan di tempat letak kereta kawasan perumahan Rom Klao di daerah Lat Krabang.

Komander polis Mejar Jeneral Itthipol Atchariyapradit berkata, ketika disoal siasat suspek mengaku meminjam wang mangsa dengan alasan utnuk membiayai anak-anaknya.

"Suspek mengaku telah menggunakan modes operasi sama terhadap enam atau tujuh mangsa sejak tiga tahun lalu dan jumpa paling banyak diperoleh daripada setiap mangsa adalah sehingga 100,000 baht," katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan segera membuat laporan jika mengesyaki wujudnya sebarang komplot untuk memperdaya mereka. -BangkokPost








 

Kwan, Sorachat

Artikel Lain