NASIB malang menimpa seorang pencuri apabila terperangkap di dalam saluran asap dapur selama dua hari. Malah suspek sukar untuk dikenal pasti kerana seluruh badannya dilitupi dengan gris. Menerusi satu gambar, penceroboh itu dilihat tersepit di dalam lubang yang sempit, dan kelihatan menggunakan tangannya untuk melindungi kepalanya. Menurut laporan, perkhidmatan kecemasan di Alameda, California di Amerika Syarikat (AS) mendengar bunyi daripada saluran minyak dari bumbung sebuah restoran. Selepas diselamatkan, suspek dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum ditahan. Memetik Fox News, dia disyaki kerana mencuba untuk memecah masuk ke sebuah restoran China yang kosong semasa insiden terperangkap itu. - Mirror Online