suria

Budak 3 tahun putus kepala dilarikan harimau bintang

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan putus kepala selepas dilarikan seekor harimau bintang dari rumah keluarganya.

Semasa kejadian, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Wasim Akram berada di dapur bersama ibunya sebelum dilarikan masuk ke dalam hutan.

Kanak-kanak malang itu merupakan salah seorang daripada tujuh mangsa yang maut akibat bintang tersebut sejak beberapa minggu lalu di utara India.

Pihak berkuasa sedang giat memburu binatang tersebut yang dipercayai mengorbankan Wasim dan dua mangsa lain dalam tempoh dua bulan.

Mayat Wasim dihantar ke rumah keluarganya selepas insiden pada Selasa.

Warden pegawai hidupan liar wilayah Jammu, Tahir Ahmad Shawl memberitahu AFP bahawa haiwan tersebut berjaya dikesan tetapi gagal ditangkap.

"Ini adalah kawasan hutan tebal dan manusia masuk ke dalam habitat haiwan ini. Oleh itu insiden ini berlaku," katanya.

Sekurang-kurangnya empat lagi maut dalam serangan harimau bintang sejak akhir-akhir ini di India. - Mirror.co.uk

harimau bintang

Artikel Lain