suria

Gara-gara catwalk di tengah bandar , rekaan petani ini dapat perhatian

PEREKA fesyen sambilan yang juga seorang petani tampil dengan rekaan unik berasaskan barangan kitar semula.

Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, Dou Xiaogang menggunakan pendekatan kitar semula daripada segi fabrik, pewarna dan hiasan.

Terkini, hanya dengan besi buruk dan bahan buangan, lelaki berusia 38 tahun ini menghasilkan rekaan yang menarik perhatian ramai.

Walaupun kelihatan agak pelik, namun Dou Xiaogang tetap berjalan umpama model di Meishan, wilayah Chengdu di tengah bandar yang sibuk untuk menarik perhatian ramai terhadap rekaannya itu.

Lelaki ini dilihat menggunakan paip air, tayar, kipas buluh dan langsir untuk menghasilkan busana unik.

Dengan selamba dia melangkah bagai di pentas peragaan di jalan yang sibuk di bandar berkenaan.

Rakaman video aksi Xiaogang tular di media sosial dan mula diperkatakan pelbagai pihak.- India Today

Meishan, Chengdu, Dou

Artikel Lain