suria

Ahli politik dihubungi hanya kerana nak minta halau seekor lipas

Gambar hiasan.

SINGAPURA: Gara-gara menemui seekor lipas di rumahnya, seorang lelaki dari Singapura menganggap wajar baginya menulis emel kepada seorang ahli politik tempatan, berbanding mencari penyembur racun serangga, hanya kerana mahu meminta dia menghalau haiwan perosak itu.

Emel tersebut dikongsikan secara umum di Facebook oleh Baey Yam Keng, seorang setiausaha kanan parlimen bagi Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia, yang menerima mesej berkenaan pada 10 Disember lalu.

Menerusi perkongsiannya, satu paparan skrin emel tersebut dapat dilihat, termasuk gambar lipas yang dikatakan itu.

Tanpa mendedahkan identitinya, pengirim emel menghubungi pejabat majlis bandar pada kira-kira pukul 3.30 petang untuk melaporkan tentang lipas yang ditemui di tangga pangsapurinya.

Operator panggilan memberitahunya bahawa seorang pekerja akan mengeluarkan lipas itu, bagaimanapun tiada yang hadir dua jam kemudian.

"Bolehkan anda mendapatkan seseorang dengan segera untuk mengeluarkan lipas itu?" kata lelaki terbabit kepada Baey.

"Dan saya dapati talian pejabat majlis anda begitu sukar untuk dihubungi," tambahnya.

Yam Keng kemudian memberi maklum balas berhubung kebimbangan lelaki itu, menerusi perkongsiannya di Facebook pada 11 Disember.

"Cuba fahamkan maksud yang tersirat, saya tahu ia merupakan isu-isu yang lebih besar perlu diberikan tumpuan," katanya.

"Sama ada terdapat masalah kehadiran lipas di sana? Bagaimana majlis bandar boleh menambah baik talian mereka?"

Yam Keng kemudian berterima kasih kepada lelaki itu kerana usahanya untuk mengirimkan emel mengenai lipas yang diperkatakan itu.

"Terima kasih kepada penduduk kerana bersusah-payah untuk cuba menghubungi talian dan memantau kehadiran lipas, termasuk gambar tersebut," tambah Baey. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

lipas

Artikel Lain