suria

Baru 6 tahun, pasangan kembar ini dikahwinkan... bersama sebagai suami isteri

Guitar (kanan) dan pasangan kembarnya, Kiwi berkahwin. Foto Viral Press

PASANGAN kembar dikahwinkan bersama kerana ibu bapa mereka percaya anak kembar itu merupakan pasangan bercinta dalam 'kehidupan terdahulu'.

Guitar dan pasangan kembarnya, Kiwi, kedua-duanya berusia enam tahun diraikan dalam majlis perkahwinan secara mewah di Thailand.

Laporan mendakwa majlis tersebut menelan belanja ribuan pound.

Rakaman video menunjukkan orang ramai menari dan bermain alat muzik di jalan, berpakaian cantik berwarna-warni.

Menurut beberapa laporan, Guitar membayar mas kahwin sebanyak £4,832 (RM25,657) dan emas bernilai £1000 (RM5,309).

Memetik Daily Mail, sejak kelahiran pasangan kembar itu pada September 2012, ibu bapa mereka, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, and Phacharaporn, 30, dilaporkan mengetahui anak-anak mereka akan berkahwin bersama.

Dipercayai, jika pasangan kembar itu tidak berkahwin dengan segera, mereka mungkin menimpa nasib malang pada masa akan datang.

Bercakap kepada Daily Mail, Amornson berkata: "Jika mereka berkahwin, mereka akan hidup dengan kekayaan dan kejayaan, serta tidak akan sakit."

Ibu pasangan kembar itu pula berkata: "Kedua-dua mereka cukup manis semasa perkahwinan mereka. Mereka akan menjadi sahabat baik sepanjang hidup."

Majlis itu bagaimanapun tidak sah, dan Phacharaporn mengesahkan bahawa kedua-dua mereka boleh mencari pasangan lain apabila mereka besar kelak. - Mirror Online

kembar

Artikel Lain