suria

"Mungkin saya adalah pokok Krismas pada hayat lalu"

Jenny mendakwa mungkin dia adalah sebuah pokok Krismas pada hayat lalu.

SESETENGAH orang menyambut Krismas lebih meriah berbanding yang lain. Namun, tidak ramai yang boleh menandingi semangat pereka fesyen ini menyambut perayaan itu.

Pereka kelahiran Ireland, Jenny Wilson boleh digelar sebagai pereka fesyen paling obses dengan Krismas di dunia.

Jenny turut memiliki pengikut setia di Instagram yang gemar melihat gayanya yang pelik.

Cogan kata Jenny sendiri berbunyi: "Kenapa gantung dekorasi (pokok Krismas), jika anda boleh jadi dekorasi itu sendiri?"

Jenny atau Jen Nollaig ('Nollaig' adalah perkataan Ireland yang merujuk kepada Krismas) menggunakan akaun media sosial tersebut untuk mempamerkan kekreatifannya menghias diri.

Jenny gemar menghabiskan wang untuk membeli perhiasan Krismas.

Perek tersebut menggunakan bahan yang terang dan berkilat seperti jurai serta bulu haiwan palsu untuk menghiasi dirinya.

Wanita itu membeli barangan dekorasi pada sepanjang tahun dan berkata rumahnya kini lengkap dengan perhiasan Krismas.

"Ada orang gunakan duit mereka untuk beli kasut, saya pula beli perhiasan Krismas.

"Mungkin saya adalah pokok Krismas pada hayat lalu," katanya kepada Mirror UK.

Obsesi wanita berusia 36 tahun itu terhadap Krismas bermula sejak dia masih kecil.

Krismas