GARA-gara menumbuk seekor kuda polis sehari sebelum Tahun Baharu, seorang wanita ditarik rambutnya dan ditolak ke lantai oleh anggota berkenaan. Klip video yang mengejutkan itu dirakamkan di sebuah jalan di Adelaide, Australia, yang turut disaksikan pelanggan restoran berdekatan. Rakaman tersebut menunnukkan seorang wanita memberi tumbukan pada haiwan berkenaan, sebelum anggota polis mengawal kuda terbabit dan menarik rambutnya. Polis tersebut kemudian menarik badannya mendekati kuda yang ditungganginya, sebelum ditolak ke lantai. Polis kemudian bertindak menarik rambut wanita terbabit. Foto 7 News Dia bagaimanapun disambut oleh seorang anggota polis lain berdekatan. Mail melaporkan selepas siasatan dilakukan, Polis Australia Selatan memberitahu, sasaran tumbukan yang dimaksudkan adalah seorang anggota polis yang berdiri di tepi kuda. Bagaimanapun, anggota polis berkenaan tidak kelihatan di dalam rakaman itu. Difahamkan, wanita tersebut tidak didakwa berhubung insiden. - Mail Online