suria

Walau digosip bergaduh, Meghan tidak lupa belikan Kate hadiah hari jadi

Mereka berdua digosipkan berselisih faham. - Daily Mirror

KATE MIDDLETON akan menyambut ulang tahun ke-37 pada minggu depan.

Walaupun terdapat khabar angin bahawa Kate bersengketa dengan Meghan Markle, bekas aktres itu dijangka membelikan puteri berkenaan hadiah istimewa.

Tahun lepas, Kate hanya meluangkan masa dengan suaminya, Putera William dan dua anaknya, George dan Charlotte dalam sambutan yang sederhana memandangkan Duchess of Cambridge itu mengandungkan Louis.

Khabar angin turut bertebaran bahawa Meghan akan memberikan hadiah kepada Kate kerana isteri Putera Harry itu telah memilih hadiah yang sangat peribadi untuknya.

Seorang rakan memberitahu The Sun: "Meg telah membelikan Kate hadiah hari jadi. Sebuah diari diperbuat daripada kulit untuk Kate mencurahkan idea."

Gosip yang mengatakan mereka berdua berselisih faham telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Namun, menurut beberapa laporan terkini, kedua-dua puteri itu sedang berusaha untuk saling memahami dan mula berbaik sewaktu sambutan Krismas baru-baru ini.

Mereka berdua dilaporkan menjalinkan hubungan erat dengan bermain permainan papan 'Scrabble' sebagai satu pasukan.

Sumber dalaman istana memberitahu The Sun: "Mereka bergelak ketawa bersama-sama. Anda mungkin tidak rasa pun wujud suasana tegang antara mereka berdua.

"Ia satu hari dan malam yang menyeronokkan." - Mirror UK

Kate Middleton, Meghan Markle

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan