suria

Netflix beri amaran jangan lakukan 'Bird Box Challenge'

Salah satu babak yang dilakonkan oleh Sandra Bullock dan dua pelakon cilik dalam Bird Box. - Netflix

'BIRD Box Challenge' menjadi cabaran pertama yang tular bagi pembukaan 2019 dan pengeluar filem tersebut, Netflix meminta orang awam agar berhenti daripada melibatkan diri.

Filem tersebut sudah pun ditonton lebih 45 juta kali sejak ia mula ditayangkan pada 13 Disember lalu.

Cabaran baharu itu memperlihatkan orang awam cuba melakukan pelbagai perkara sambil menutup mata menggunakan kain, termasuk memasak, mengumpul kayu api dan membungkus kotak.

Pada pagi Rabu, Netflix memuat naik posting di Twitter: "Kami tidak percaya yang kami harus mengatakannya, tapi: TOLONG JANGAN MENCEDERAKAN DIRI ANDA DENGAN BIRD BOX CHALLENGE.

Salah satu orang awam yang memuat naik gambar dirinya melakukan 'Bird Box Challenge'. - Twitter

"Kami tidak tahu bagaimana ia bermula, dan kami hargai sokongan anda, tapi Boy dan Girl (nama watak kanak-kanak dalam filem tersebut) hanya ada satu permintaan untuk 2019 iaitu jangan biarkan diri anda berakhir di hospital disebabkan oleh cabaran ini."

Bagi mereka yang masih belum menontonnya, deskripsi Netflix menyatakan sinopsis: "Lima tahun selepas kehadiran malapetaka yang tidak boleh dilihat dan mendorong orang ramai membunuh diri, seorang wanita bersama dua kanak-kanak berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka dengan menuju ke tempat yang selamat."

Kerana itulah terdapat banyak 'meme' tentang menutup mata menggunakan kain dilakonkan semula oleh pengguna media sosial. - Sacramento

Bird Box Challenge

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan