suria

Bayi berusia lima hari disuap sos pedas, bapa terkejut didatangi pihak polis

TINDAKAN tak sengaja seorang bapa yang menyuap bayinya dengan sos pedas membawa padah apabila dia didatangi pihak polis, beberapa hari selepas kejadian.

Menurut Paul Dawson, dia terlupa bahawa dia belum mencuci tangan setelah makan ayam bersama sos di sebuah restoran.

Merengek kelaparan, Dawson menyuap jarinya ke dalam mulut bayi berusia lima hari itu sebelum menyedari masih terdapat sos pedas yang belum dicuci.

Dia membuat perkongsian di laman Facebook sebelum seorang individu tidak dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Pasangan saya sedang menyusu bayi kami. Dia nak makan, jadi giliran saya pula pegang bayi.

"Saya lap tangan dengan kain dan pegang dia. Saya masukkan jari ke dalam mulut anak saya.

"Terlupa pula belum cuci sos pedas di jari. Memang tak sengaja," katanya.

Menurut Dawson lagi, dia terkejut apabila didatangi anggota polis, beberapa hari selepas itu.

"Polis ketuk pintu rumah, saya buka dan tanya tujuan kedatangan mereka. Saya tak tahu apa puncanya.

"Polis pula tanya jika saya ada menyuap sos pedas kepada bayi.

"Pasangan saya terpaksa terangkan. Polis tu tak baca pun perkongsian Facebook saya. Dia cuma terima laporan sahaja. Tapi polis tu pun minta maaf.

"Cuma macam tak percaya, mereka dihantar tanpa siasatan terperinci terlebih dahulu," kata pemilik kedai gunting rambut itu. -Mirror.UK.


Paul Dawson, Bayi, Sos

Artikel Lain