suria

Abang sempat tunggu adik lahir sebelum meninggal akibat kanser

SEWAKTU mengetahui ibunya sedang hamil, Bailey Cooper, 9, disahkan menghidap kanser.

Dia didiagnos menghidap non-Hodgkins lymphoma, kanser yang berkembang dalam sistem limfatik tubuh manusia.

Kanak-kanak itu begitu risau seandainya penyakit tersebut akan meragut nyawanya sebelum kelahiran adiknya.

Biarpun dikhabarkan sudah tidak mempunyai masa yang panjang oleh doktor, Bailey bagaimanapun sempat melihat adiknya.

"Bailey risau tak sempat jumpa adiknya. Tapi dia sempat bertahan. Kami pun tak tahu macam mana dia lakukan.

Foto keluarga itu.

"Sewaktu adiknya dilahirkan, kami bagi dia riba. Dia pegang dan tak lepaskan adiknya," ujar ayahnya, Lee Cooper.

Bayi comel yang dinamakan Millie itu dilahirkan pada 30 November 2017 manakala Bailey meninggal dunia, hampir sebulan selepas itu.

Dalam sebulan tempoh itu, Bailey sempat menghabiskan banyak masa dengan adiknya.

Malah, mereka kelihatan begitu gembira dalam satu foto keluarga.

"Ianya begitu sukar untuk Bailey. Seronok dia dapat bersama dengan Millie. Bailey juga banyak membantu.

"Kami pun rasa sukar bila dia dah tak ada. Kami rindu kehadiran dia," ujar bapanya. - People.

Bailey Cooper, Kanser

Artikel Lain