SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun berlari ke arah ibunya di sebuah stesen kereta api sebelum terjatuh di ruang antara platform dan kereta api. Rakaman video menunjukkan kanak-kanak lelaki itu menangis dibawah kereta api ketika pasukan penyelamat berusaha mengeluarkannya. Insiden berlaku di Stesen Kereta Api Nanchang, China sejurus kereta api K571 tiba. Kanak-kanak itu menaiki kereta api tersebut bersama ibu bapanya dari Beijing menuju ke bandar Xiamen. Bapanya mahu mendapatkan udara segar selepas duduk di kereta api itu selama 20 jam. Dia membawa anak lelakinya itu ke platform tetapi kanak-kanak itu berjalan ke arah kereta api selepas terlihat ibunya. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Bapa kanak-kanak itu berkata anaknya berlari ke arah ibunya dan terjatuh di antara ruang kereta api dan platform di stesen kereta api tersebut. Dia cuba mendapatkan anaknya tetapi jarak di antara platform dan trek terlalu jauh. Pengawal keselamatan Li Fusheng yang terlihat insiden itu melompat ke landasan kereta api dan merangkak ke arah kanak-kanak tersebut. Rakaman video menunjukkan Fusheng bergerak ke arah tangisan kanak-kanak itu yang kemudiannya diserahkannya ke seorang kakitangan stesen kereta api terbabit yang menunggu di atas platform. Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Jadual perjalanan kereta api K571 terpaksa ditangguhkan gara-gara insiden itu. - Mirror.co.uk