suria

Tiru Puteri Diana, gaun mewah dipakai Meghan berharga RM17,996

SEBAGAI selebriti dan isteri kepada pewaris diraja Britain, Meghan Markle sentiasa menjaga penampilannya.

Malah, fesyen yang digayakan isteri Putera Harry itu sering menjadi inspirasi dan ikutan ramai.

Terbaharu, pakaian penuh glamor yang disarungkan bakal ibu itu ternyata menarik perhatian ramai.

Menerusi acara pda Rabu di Royal Albert Hall London, pakaian yang dipakai Meghan menyerupai gaun labuh milik Puteri Diana.

Baju rekaan Roland Mouret itu berharga £3,400 (RM17,996).

Ia dikatakan mengambil inspirasi baju rekaan Catherine Walker yang digayakan Diana pada 1986 di Vienna.

Pada 1989 dia menggayakan pakaian sama di sebuah acara kebajikan.

Diana dikatakan sekali lagi memakai pakaian itu sewaktu acara Diamond Ball pada 1990.

Selain pakaian, Meghan turut memakai gelang emas milik Diana sewaktu menghadiri acara di Afrika, baru-baru ini.

Gelang itu pernah dipakai Diana sewaktu dia berada di Newham, London pada 1990. - Daily Mail.

Meghan Markle, Puteria Diana, Gaun

Artikel Sebelum

Artikel Lain