PERNAHKAH anda terfikir berapakah gaji yang wajar dibayar kepada ibu sepenuh masa? Menurut satu kajian terkini oleh Salary.com, gaji purata tahunan seorang ibu pada 2018 adalah $162,581 (RM668,890) iaitu lebih tinggi $5,000 (RM20,571) berbanding tahun sebelumnya. "Kami ingin mengiktiraf ibu sepenuh masa dan bekerjaya di atas dedikasi tidak berbelah bahagi yang mereka curahkan kepada keluarga dan tanggungjawab lain." Dari 2009 hingga 2015, gaji tersebut adalah antara RM460,790 dan RM501,932 setahun. Pada 2016, berlaku peningkatan ketara daripada RM467,241 kepada RM588,750. Kajian itu menentukan purata jam bagi ibu sepenuh masa bekerja adalah lebih 90 jam seminggu. - WJLA