MELIHATKAN jari jemarinya yang memegang gunting memang sukar percaya pada usianya yang muda Jiang Hongqi sudah memiliki kemahiran yang menakjubkan. Mana tidaknya, hanya pada usia enam tahun, budak lelaki ini begitu bersahaja memotong rambut pelanggannya. Malahan, video gelagatnya umpama tukang gunting rambut profesional tular di China baru-baru ini. Menerusi klip video yang tular itu, Jiang dari Suining, wilayah Sichuan sedang memotong rambut seorang wanita. Kemudiannya, dia melakukan beberapa kaedah mendandan rambut terkini dan gelagatnya umpama golongan dewasa. Jiang dikatakan mula meminati bidang dandanan rambut kerana membesar di salun yang diusahakan ibu bapanya. Malahan, kanak-kanak itu juga begitu menggemari kerjaya itu dan bakal mewarisi perniagaan keluargannya itu.-India Today