suria

"Dia tak pernah dera", ibu pertahan kekasih tumbuk anak hingga mati

Jayce Martin.

DEMI cinta seorang ibu sanggup menyembunyikan perlakuan tidak berhati perut kekasihnya yang menumbuk anak lelakinya berusia dua tahun hingga mati.

Victoria Toth, 24, enggan memberitahu polis mengenai penderaan yang dilakukan kekasihnya, Jonathan Pursglove terhadap anaknya, Jayce Martin.

Malah ibu muda itu bertindak mempertahankan kekasihnya dengan mendakwa lelaki tersebut tidak patut dipersalahkan atas kematian anaknya.

"Dia (Pursglove) tak pernah dera (anak). Dia sentiasa baik dengan Martin sejak kali pertama kami bertemu. Dia tidak pernah melakukan perkara buruk," katanya semasa disoal siasat polis.

Dalam satu transkrip yang diperolehi Orlando Sentinel, seorang detektif Pete Cadiz memberitahu Toth 'Anda perlu bertanya kepada diri sendiri, anda jenis ibu yang bagaimana'.

Victoria Toth.

Toth bagaimanapun tetap mempertahankan kekasihnya dengan berkata dia sudah memberitahu segalanya yang dia tahu.

Bagaimanapun Toth didakwa memberitahu bekas kekasihnya, Michael Chapman bahawa Pursglove pernah mencederakan kepalanya dan mendera anaknya beberapa kali.

Ibu bapa kepada Toth turut bimbang mengenai kesan lembam pada anak perempuan mereka dipercayai didera Pursglove.

Toth menghubungi 911 selepas mendapati anaknya tidak bernafas pada pagi 18 Julai tahun lalu.

Jayce disahkan meninggal dunia di hospital.

Hasil bedah siasat mendapat dia mengalami kesan kecederaan di bahagian abdomen dipercayai akibat ditumbuk.

Toth turut berdepan tuduhan sama seperti kekasihnya kerana gagal membantu Jayce mendapatkan rawatan segera sebelum dia meninggal. - Metro.co.uk

dera, kekasih

Artikel Lain