suria

"Selalu teringin jumpa kerabat diraja, tapi bukan macam ni" - Mangsa kemalangan babit suami Ratu Elizabeth

Putera Philip terlibat dalam kemalangan pada Khamis. Foto James Whatling Photography

SEORANG wanita yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta suami Ratu Elizabeth iaitu Putera Philip, sebenarnya sering mengimpikan untuk bertemu dengan kerabat diraja.

Dalam kejadian pada Khamis itu menyaksikan kereta yang dipandu Duke bertembung dengan sebuah kereta biru model Kia.

Seorang nenek dan ibu berada di dalam sebuah lagi kenderaan cedera tetapi seorang bayi berusia sembilan bulan bernasib baik tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan berlaku dekat Sandringham di Norfolk, England pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Ratu Elizabeth kemalangan, kereta dipandu terbalik

Istana Buckingham mengesahkan bahawa pihak istana berhubung dengan wanita berkenaan sejak insiden itu.

Victoria Warne, 72, bercakap dengan Duke of Edinburgh kerana dia menjaga mangsa yang cedera.

Pesara dari Noffolk memberitahu The Sun: "Seorang penumpang dari kereta lain memberitahu saya - saya sentiasa berhasrat berjumpa dengan kerabat diraja, tetapi bukan dengan cara begini." - Mirror UK


Putera Philip, Ratu Elizabeth

Artikel Lain