SEORANG suspek pencuri seluar dalam maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebatang pokok di tepi jalan Chon Buri di Thailand semasa cuba melarikan diri selepas mencuri. Balai polis Laem Chabang menerima panggilan pada pukul 9 malam mengenai seorang penunggang motosikal maut di daerah Si Racha. Polis belum mengenal pasti identiti suspek berusia 20an. Akibat kemalangan itu, suspek mengalami patah tengkuk dan meninggal dunia serta-merta. Dua seluar dalam merah jambu ditemui di dalam poket seluarnya. Penduduk tempatan tidak mengenali suspek tetapi mengetahui pemuda itu pernah ditangkap kerana mencuri seluar dalam. - The Nation/Asia News Network