SEORANG penulis blog lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah selepas terkena jangkitan bawaan seekor kucing liar semasa sedang bercuti. Gemma Birch, 24, dari Southport, Merseyside, bertemu dengan seekor kucing liar yang diberi nama Catarina semasa penginapannya di sebuah resort di Albufeira, Portugal pada 2014. Namun tanpa disedarinya, haiwan itu membawa jangkitan berbahaya yang boleh meragut nyawa. Birch berkata dia mula mengalami muntah pada hari terakhir di resort tersebut dan pengsan semasa dalam penerbangan pulang ke rumah. Birch terpaksa menjalani rawatan selama empat bulan dan kembali pulih sepenuhnya 14 bulan kemudian. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Southport dan doktor mengesahkan najisnya mengandungi bakteria campylobacter yang biasa terdapat dalam daging ayam mentah. Birch dibenarkan keluar hospital seminggu kemudian tetapi dia menerima rawatan semula selepas mengadu berasa kebas di kakinya. Doktor kemudian mengesahkan Birch dijangkiti sindrom Guillain-Barre - satu keadaan yang menyebabkan sistem imun badan menyerang sistem sarafnya sendiri. Birch menjalani rawatan susulan selama empat bulan dan keadaannya kembali normal 14 bulan kemudian. "Saya perlu bergantung dengan jururawat untuk ke tandas. Saya gagal mengawal usus dan pundi kencing saya. Saya juga tidak dapat menggunakan tangan kerana ia sangat lemah," katanya. - Mirror.co.uk