suria

Lapor atau malukan... aplikasi kesan penghutang dekat dengan anda

Foto China Daily

PIHAK berkuasa di wilayah Hebei di China mencipta aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat sama ada mereka berada dalam jarak 500 meter dengan individu yang berhutang.

Kegagalan untuk membayar hutang merupakan sering berlaku di seluruh dunia, tetapi China melakukan inisiatif lebih berbanding yang lain.

Sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa China menjalankan pelbagai teknik untuk memaksa penghutang membayar hutang mereka, dan cara paling popular adalah memalukan mereka.

Tahun lalu, kerajaan tempatan di daerah Hejiang, Sinchuan mula memaparkan wajah dan nama penghutang menerusi klip video pendek di pawagam sebelum tayangan filem.

Kini, pihak berkuasa di Hebei mengumumkan satu aplikasi yang boleh mengesan penghutang dalam lingkungan 500 meter, bagi membolehkan pengguna membuat laporan atau memalukan mereka.

Aplikasi kontroversi itu boleh diakses menerusi platform media sosial WeChat.

Maklumat penghutang juga boleh diakses menggunakan aplikasi, memudahkan pemberi maklumat untuk membuat laporan sekiranya penghutang dilihat mampu membayar hutang.

Jurucakap Mahkamah Tinggi Hebei berkata: "Ia merupakan pendekatan kita untuk menguatkuasakan arahan kita dan mewujudkan persekitaran sosial yang boleh dipercayai.

Dilaporkan 'peta penghutang; itu menunjukkan lokasi yang tepat seseorang yang berhutang sekali gus memudahkan mereka untuk dikesan.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia akan mempamerkan individu untuk mana-mana hutang atau hanya mereka yang mempunyai hutang yang tertunggak. - odditycentral


hutang, penghutang

Artikel Berikut

Artikel Lain