LAPAN pelajar dari sebuah sekolah menengah di Ma On Shan, Hong Kong ditahan selepas tular video menunjukkan mereka membogelkan dan menyerang seorang rakan sekelas. Menurut sumber, sekumpulan pelajar Tingkatan Enam dari Sekolah Menengah Hospital Yan Chai Tung Chi Ying di Ma On Shan Road itu ditahan di luar kampus pada Khamis selepas polis mengenal pasti mereka dengan bantuan sekolah. Seorang jurucakap berkata, pelajar lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditahan kerana melakukan serangan biasa. Mereka kemudian dibebaskan dengan ikat jamin dan perlu melaporkan diri semula pada Februari ini. Video berurasi 39 saat yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah dijatuhkan di antara dua kerusi oleh kira-kira tujuh pelajar lain. Mangsa dibogelkan dan dipukul pada bahagian punggung serta memulas telinganya. Sumber polis memberitahu, insiden berlaku pada tahun lalu semasa kesemua suspek di Tingkatan Lima. Sekolah memberitahu, kes tersebut tidak melibatkan buli, para pelajar hanya bergurau secara keterlaluan. Ia telah mewujudkan pendekatan pengurusan krisis bagi menangani kes tersebut. Menurut sekolah itu, perbuatan tersebut boleh menjadi salah laku dab telah mengarahkan pelajar-pelajar terbabit agar kejadian tidak berulang. - South China Morning Post