suria

Haramkan PUBG? PM India kata rampas teknologi dari kanak-kanak satu tindakan mundur

PERMAINAN video popular PUBG menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Ada yang ketagih dengan permainan itu, malah ada pula yang memohon agar ia diharamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 11 tahun tulis surat kepada menteri, mohon PUBG diharamkan

Baru-baru ini misalnya, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun memohon agar kerajaan India mengharamkan permainan itu.

Terbaharu, Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menjawab soalan mengenai permainan itu.

Menerusi acara Pariksha pe Charcha 2.0, seorang wanita bertanya kepada Narendra mengenai kebimbangannya terhadap PUBG.

Ujar wanita itu, dia bimbang apabila anaknya ketagih bermain PUBG sehingga lalai untuk fokus terhadap pelajaran.

"Adakah dia salah seorang yang ketagih dengan PUBG?" soalnya ringkas sekaligus mengesahkan bahawa dia juga tahu mengenai kewujudan permainan itu.

Jawapan ringkas itu disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang berada di acara itu.

Nahendra turut memberi idea kepada wanita itu dalam mengatasi isu berkenaan.

Ujarnya, tidak semestinya teknologi itu membawa kesan buruk sebaliknya mereka perlu dididik untuk menggunakannya dengan baik.

"Kalau kita rampas teknologi dari kanak-kanak, itu satu tindakan yang mundur.

"Pelajar harus diajar untuk gunakannya dengan bermanfaat, ibu-bapa juga harus peka dengan trend dalam teknologi hari ini," katanya.

Malah kata Nahendra, teknologi juga boleh digunakan untuk perkembangan diri individu jik digunakan dengan tepat. - Yahoo.

Narendra Modi, PUBG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain